Pada hari Isnin(30/5/2011), kelas yang pertama untuk program cuti sekolah telah bermula. Program ini diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama murid dari tahun 4 seramai 9 orang dan sesi kedua dari tahun 5 dan 6 seramai 11 orang Untuk kelas yang pertama ini, topik yang dipilih adalah PHIXR dan PICNIK.
Dengan penggunaan aplikasi online seperti Phixr dan picnik, murid-murid didedahkan mengenai 'editing' foto boleh dilakukan secara 'online' mengikut kretiviti masing-masing.
Tuesday, 31 May 2011
Sambutan Hari Guru SRA Ar-Ridhwaniah
Sempena Hari Guru tahun ini, Sekolah Ar-Ridhwaniah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada Jumaat lalu bersamaan 27 May 2011. Sambutan diadakan dengan agak meriah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka antara guru dan pelajar dan persembahan murid. Aktiviti yang diadakan sangat meriah.IT Fasi juga di jemput bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Guru ini.
guru-guru sedang membalut murid sebagai model mumia
salah seorang murid yang telah siap dibalut..
mumia yang telah siap dibalut..
hadiah yang diterima oleh IT Fasi dari murid-murid.
Monday, 2 May 2011
LDP bersama guru: Pengenalan kepada Adobe Photoshop
Pada 23 April 2011, IT fasi telah dijemput untuk mengadakan LDP kepada guru. LDP ini bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pengetahuan asas perisian Adobe Photoshop kepada guru-guru. Seramai 15 orang guru termasuk Guru Besar dan PK menghadiri kursus tersebut. Guru-guru diberi 4 tutorial iaitu asas kepada healing spot tool tutorial, adjustment color dan erase tool tutorial, blur and sharpen tool tutorial dan creating a new layer tutorial.
-membantu salah seorang guru-
-guru-guru sedang tekun melakukan tutorial yang diberikan-
-guru-guru sedang kusyuk -
-IT fasi sedang memberikan penerangan-
Kelas Pertama
Sesi pembelajaran bermula pada 18 April 2011, setelah IT Fasi sebelum ini menamatkan kontrak di cITaKU lab Ar-Ridhwaniah ini. Jadual waktu untuk kelas ICT di cITaKU lab bermula pada sebelah petang dan pada sebelah pagi diberi keutamaan pada para guru untuk mengadakan kelas PnP di makmal ini.Berikut adalah jadual waktu untuk sesi petang di cITaKU lab.
HARI | KELAS | MASA |
ISNIN | TAHUN 2 | 2.20 PTG – 4.00 PTG |
SELASA | TAHUN 3 | 2.20 PTG – 4.00 PTG |
RABU | TAHUN 1 | 2.20 PTG – 4.00 PTG |
KHAMIS | TAHUN 4 | 2.20 PTG – 4.00 PTG |
JUMAAT | TAHUN 5&6 PEREMPUAN | 12.15 PTG – 2.00 PTG |
TAHUN 5&6 LELAKI | 3.00 PTG – 4.30 PTG |
-kelas ICT-
-Kelas ICT-
-Kelas P&P guru-
Subscribe to:
Posts (Atom)