Tuesday 31 May 2011

Celik IT - Program cuti sekolah

Pada hari Isnin(30/5/2011), kelas yang pertama untuk program cuti sekolah telah bermula. Program ini diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama murid dari tahun 4 seramai 9 orang dan sesi kedua dari tahun 5 dan 6 seramai 11 orang Untuk kelas yang pertama ini, topik yang dipilih adalah PHIXR dan PICNIK

Dengan penggunaan aplikasi online seperti Phixr dan picnik, murid-murid didedahkan mengenai 'editing' foto boleh dilakukan secara 'online' mengikut kretiviti masing-masing.


Sambutan Hari Guru SRA Ar-Ridhwaniah

Sempena Hari Guru tahun ini, Sekolah Ar-Ridhwaniah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada Jumaat lalu bersamaan 27 May 2011. Sambutan diadakan dengan agak meriah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka antara guru dan pelajar dan persembahan murid. Aktiviti yang diadakan sangat meriah.IT Fasi juga di jemput bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Guru ini.

guru-guru sedang membalut murid sebagai model mumia

salah seorang murid yang telah siap dibalut..

mumia yang telah siap dibalut..


hadiah yang diterima oleh IT Fasi dari murid-murid.

Monday 2 May 2011

LDP bersama guru: Pengenalan kepada Adobe Photoshop

Pada 23 April 2011, IT fasi telah dijemput untuk mengadakan LDP kepada guru. LDP ini bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pengetahuan asas perisian Adobe Photoshop kepada guru-guru. Seramai 15 orang guru termasuk Guru Besar dan PK menghadiri kursus tersebut. Guru-guru diberi 4 tutorial iaitu asas kepada healing spot tool tutorialadjustment color dan erase tool tutorial, blur and sharpen tool tutorial dan creating a new layer tutorial.


-membantu salah seorang guru-

-guru-guru sedang tekun melakukan tutorial yang diberikan-

-guru-guru sedang kusyuk -

-IT fasi sedang memberikan penerangan-

Kelas Pertama

Sesi pembelajaran bermula pada 18 April 2011, setelah IT Fasi sebelum ini menamatkan kontrak di cITaKU lab Ar-Ridhwaniah ini. Jadual waktu untuk kelas ICT di cITaKU lab bermula pada sebelah petang dan pada sebelah pagi diberi keutamaan pada para guru untuk mengadakan kelas PnP di makmal ini.Berikut adalah jadual waktu untuk sesi petang di cITaKU lab.

HARI
KELAS
MASA
ISNIN
TAHUN 2
2.20 PTG – 4.00 PTG
SELASA
TAHUN 3
2.20 PTG – 4.00 PTG
RABU
TAHUN 1
2.20 PTG – 4.00 PTG
KHAMIS
TAHUN 4
2.20 PTG – 4.00 PTG

JUMAAT
TAHUN 5&6
PEREMPUAN
12.15 PTG – 2.00 PTG
TAHUN 5&6
LELAKI
3.00 PTG – 4.30 PTG



-kelas ICT-

-Kelas ICT-

-Kelas P&P guru-